Saturday, April 11

hari2 yg membosanKan

SARANAN DAN NASIHAT KEPADA PELAJAR

1. Menggunakan waktu petang untuk beriadah dan bersukan

bukan untuk tidur di bilik atau berbual kosong di bilik

Kebaikan menghilangkan stress dan memulihkan kesihatan

2. Studi berkumpulan

bukan studi berpasang-pasangan

Kebaikan lebih tumpuan dan mudah faham, hindar maksiat

3. Balik awal tidak melebihi 12.00 malam

bukan makan angin sampai ke Teluk Cempedak untuk hilangkan stress

Kebaikan membantu pelajar untuk cukup rehat dan mempunyai persediaan yang rapi

4. Sentiasa membawa buku pelajaran di mana-mana terutamanya berada di ruang kampus bukan membawa majalah mangga,komik atau khusyuk bermain game

Kebaikan sentiasa sedar dan insaf kerana kalau gagal exam kena buang universiti

5. Jangan lupa solat (sentiasa solat berjemaah di masjid)

bukan solat subuh gajah, kerana terdapat segelintir pelajar tidak solat sebelum ambil exam

Kebaikan hanya tuhan sahaja yang menentukan kecemerlangan dunia dan akhirat.

6. Selalu menghubungi ibu bapa

bukan takde duit baru nak call

Kebaikan doa ibu bapa lebih makbul dan mendapat keberkatan

0 beBeLan:


ceria kite besame..