Wednesday, May 27

tag yg aku tekene jgk buat..ces~

anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang?
embah saya wat karipap mini inti klape..huhu

anda lebih suka air kelapa atau air tebu?
tebu tu skali skale la.. air klape tu penawar..mizu', yg berasid tu klape tue..bkn klape mude..hehe

apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang?
same mcam mizu'..lg2 klo jmpe blacan..resdung akn gatal thap maxima!!huh, hate it!!

anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yg macam mane?
org yg memahami dan mudah difahami..yg pntg, dia buat ku selesa disampingnya..

apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tido?
wish la kat sesape yg patut..maaf kan semua org..kosong kan hati n minda..ingat kat Tuhan(doa la)..pas2 leyh pejam..

andaikan ada org menghina keluarga anda,apakah yang anda akan buat?
bgtau die mcm la family die bgus sgt..tu family aku, ape kene mengena ngn ko??ape masalah ko??nk gado???x pueh aty??grrrr..(garang buat2, dlm hati ade taman..hehe)

adakah anda akan tolong kawan anda yang dalam kesusahan walaupun dia pernah khianati anda?
semestinye..saye bkn pendendam..sbb saye da maafkan semua org sblom saye tdo..tu kn lbeh baik..btol x??

andaikan besok hari terakhir anda hidup. apakah perkara yg anda ingin buat sblm mati?
saya nak tobat byk2 n mintak maaf kat semua org...

adakah anda akan pilih org yg anda cintai atau org yg anda sayangi sbg pasangan hidup?
klo bole nk la.. tp klo tepok sblah tngn kat dinding ape yg dapat..sakit je la..so cari yg leh jage n ikhlas ngn saye..

apakah yg membuatkan anda b'semangat utk hidup sampi sekarg?
semangat?? stiap hari msti la ade.. tanggungjawab dan amanah yg tuhan beri....ingat idop ni free ke hape??hehe

andaikan masa dpt diputarkn balik,apakah yg anda ingin betolkan?
mesti la btolkn pe yg salah n baikkan ape yang burok..but dat really impossible.. sbb bnda yg paling jaoh adalah masa lampau..sbb naek ape pn xkn sampai.

adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
bab ni lg lemah..i hate down..but usaha lg..not givup coz tu mesti ade hikmah..

adakah anda akan memaafkan org yg telah merosakkan kehidupan dan kerjkesian ane anda?
hm. for sure yes.. no body perfect..xde sape pon yg x penah wat salah...

andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit,adakah anda akan masih berkawan dengan dia?
sakit virus h1n1 ke??kalo bole efect smpai mati x la kot..tapi kalo dmam biase bole je..

sesetengah orang mengatakan budak2 amatlah menyusahkan,apa pandangan anda?
kadang2 'org tua' zaman skrg ni lagi x seda ' yg diorg tu sndiri lg trok...otak letak kat lutut..ish3 nk tau sbb nyer, ank 7 tahun gado pon nk masok campo..gile hape..saba je la..tgk ni..

+Keratan Akhbar:Amuk di sekolah+


KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menyerang dan menampar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berulang kali di sebuah sekolah, dekat sini, ketika waktu persekolahan berlangsung hanya kerana mendakwa mangsa mengganggu anaknya, Rabu minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit menceroboh kawasan sekolah berkenaan sebelum menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang belajar.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa di hadapan seorang guru dan 35 murid lain tanpa segan silu.

Ibu mangsa, Noor Quiah Ismail, 39, berkata tindakan itu memang satu perbuatan keterlaluan kerana anaknya itu masih kecil.

“Budak-budak bergaduh adalah perkara biasa...kenapa ibu perlu turut campur tangan? Jika kena cara penyelesaiannya saya tidak marah, sebaliknya bersetuju.

“Setahu saya, wanita terbabit menampar anak saya lebih tiga kali selain menolaknya hingga jatuh hanya kerana dia mengganggu anaknya ketika sambutan Hari Guru sekolah berkenaan, Selasa lalu.

“Jika itulah puncanya, ia satu tindakan bodoh dan biadab,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya itu di hadapan semua murid dan seorang guru.

“Biarpun ditenangkan guru berkenaan, wanita itu masih menggoncang tubuh dan menikam badan anak saya dengan jari bagaikan orang gila.

“Anak saya bernasib baik kerana wanita itu berjaya ditenangkan beberapa guru lain,” katanya.

Noor Quiah berkata, dia kesal dengan sikap pihak pengurusan sekolah terbabit yang merahsiakan kejadian itu biarpun anaknya itu mengalami bengkak pada kiri muka.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian itu ketika mengambil anak pulang. Mereka sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anaknya...kenapa perlu dirahsiakan,” katanya.

Noor Quiah membuat laporan di Balai Polis Travers di sini selepas berang dengan sikap pengurusan sekolah terbabit yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.


org yg bertuah untuk menjawab tag ni ialahh
sesape la..

1 beBeLan:

mij0ohAns said...

sy tetap juge xsuke itu air kelape..
biarla die mude er tue er..
huuU~


ceria kite besame..